Antara isi yg terkesan dalam penyampaian Majlis Taklim Oleh Habib Ali Zainal Abidin di Masjid Muaz bin Jabal pada sesi kuliah 20 April yg lalu (Jumaat mlm Sabtu) ialah tentang hadith di mana Rasulullah mengarahkan isterinya Saidatina Aisyah untuk menbahagikan daging kambing yang telah disembelih kepada faqir miskin. Saidatina Aisyah menurut perintah Rasulullah dengan mendermakan seluruh bahagian kambing tersebut, namun meninggalkan sebahagian tulang rusuk kambing itu kerana mengingati Rasulullah sangat sukakan bahagian tersebut.
Apabila Rasulullah pulang dan bertanya pada Saidatina Aisyah, "Sudahkan selesai proses sedeqah, Wahai Aisyah?". Saidatina Aisyah menjawab, "Ya, sudah selesai, kecuali bahagian tulang rusuk kegemaran Rasul. Lalu Rasul bersabda, " Semuanya kekal kecuali
tulang rusuk tersebut".
Apakah yang di maksudkan Rasulullah dengan semua kekal kecuali tulang rusuk kambing itu?
Rasulullah tidak lah melihat habuan di dunia malah terus melihat kepada ganjaran di akhirat yang lebih kekal abadi. Yang di maksudkan dengan semua kekal kecuali tulang rusuk itu ialah ganjaran di akhirat nanti,seekor kambing namun tanpa tulang rusuk. Maksudnya kambing itu tidak sempurna lah di Sana nanti. Bila tidak sempurna, maknanya tidak dapat markah penuhlah.
Berbeza penglihatan Rasulullah dgn kita umat yg biasa. Kita tentulah akan gembira bila tahu masih ada lagi tulang rusuk utk kita makan, dan berasa kita sudah beri banyak pada orang yg sepatutnya. Namun Rasulullah tentulah berfikir lebih dari kita. Ya, sangat lebih.
So, lepas in bolehlah kita kurangkan fikir apa yg tinggal utk kita di dunia ini, tapi fikirkan apa yang menunggu kita di SANA nanti. Mesti kita akan jadi lebih positif dan akan lebih seronok utk memberi. Hidup utk memberi. Dunia hanya ladang, tuaiannya di Akhirat nanti. InsyaAllah.
Moga Allah beri kita kecukupan utk keperluan diri dan dapat memberi pula. Amin
:)