Monday, March 30, 2009

....bersama KARYAWAN

Hujung mingguku yang lalu terisi dengan program bermanfaat Kursus Akhlak Nabi, anjuran KARYAWAN. mesti ramai yang tertanya2, bagaimana aku boleh join Karyawan, bukankah itu Persatuan artis-artis Malaysia? Artiskah aku? Jawapannya mudah saja, sejak bersatu rumah sewa dengan Si Kecil Molek Ummu Hani, wartawan dari majalah Anis cum Penulis Novel, Skrip drama ni, banyakla hpeluang berprogram dengan pelbagai lapisan mansyarakat, termasuklah artis. Program dijadualkan berlangsung 2 hari bermula Sabtu pagi hingga Ahad tengahari 29 Mac 09 di Kolej Komuniti Jempol, Nogori Sembilan (KKJNS).

Setibanya di sana, kami terus makan tengahari dan solat jamak, dan bergegas ke dewan kuliah KKJNS untuk Program pembukaan dan Kuliah pertama bertajuk Pengurusan Jenazah disampaikan oleh Ustaz Mohd Sobry bin Mohd Noh yang berpengalaman 33 tahun meng'handle' jenazah seluruh N9. Pengalaman pertamanya bermula tika usianya baru menginjak 21 tahun. Pelbagai informasi dan nasihat serta doa dan panduan yang diberikan menambahkan pengetahuanku tentang perkara ini dan terasa kerdil dan insaf akan hakikat hidup ini, yang pastinya akan mati dan bagaimanakah keadaan mayatku nanti, adakah akan diuruskan dengan sebaiknya oleh waris-warisku?

Malamnya pula, kami bersolat jamak di Masjid Kapung Mahsan, Jempul, dan bertahlil arwah di bawah pimpinan Imam Besar masjid tersebut. Selepas itu, kami makan malam bersama2 qariah kampung yang bersama-sama meraikan kedatangan 'artis' ke kampung mereka.

Kami menginap di Hostel MRSM Serting pada malam itu setelah hotel yang ditempah awal oleh pihak penganjur tidak dapat didiami atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Mungkin ini salah satu cabaran untuk peserta kursus ini (aku terutama sekali), adakah niatnya betul-betul untuk belajar atau berjalan-jalan saja.

Ahad paginya, seawal jam 8, kami check out dan bertolak ke KKJNS untuk sarapan pagi dan berkulaih seterusnya. Kuliah pagi itu disampaikan oleh salah seorang pensyarah di KKJNS itu sendiri bertajuk Rasulullah sumber kecemerlangan. Begitu padat isi-isi yang disampaikan, dengan gaya penyampaian yang simple dan bersahaja, moga2 terus menusuk masuk ke dalam hati-hati kami, insyaAllah.

Selepas itu, acara penutup dan penyampaian hadiah berlangsung diikuti dengan sesi bergambar beramai-ramai. Selepas makan tengahari, kami beransur pulang ke KL menaiki bas yang disediakan pihak kolej.

Bercerita tentang KKJNS, pelbagai tawaran kursus jangka pendek yang dianjurkan bertemakan pendidikan sepanjang hayat terbuka kepada semua warga setempat dan orang luar. Itulah salah satu fungsi Kolej Komuniti, menyediakan pelbagai jenis kursus tidak tertentu dalam satu-satu bidang saja, asalkan boleh memberi penambahbaikan dan cetusan idea baru bagi para peserta serta menaikkan taraf hidup mereka. Bolehla melawat laman webnya untuk maklumat lanjut.

Tentang artis pula, siapa yang sudi meluangkan masa 'emas' mereka turun padang berkursus tentang Akhlak Rasul? Tidak sampai 1/3 dari jumlah peserta yang mengikuti kursus tersebut adalah artis. Yang lain hanyalah kawan kepada staff-staff Karyawan itu sendiri. Menurut pihak penganjur, En Syed (pelakon drama Cinta Madinah), pada mulanya ramai artis yang bersetuju untuk pergi, namun di saat akhir membatalkan hasrat tersebut. Mungkin ada perkara lain yang lebih penting dari kursus ini, kot.

Apepon, banyak manfaat dan pengalaman yang aku perolehi, juga tambahan kenalan dan so called 'adik angkat'. Terima kasih pada Ummu atas kesempatan ini.

Friday, March 20, 2009

AWARDS DARI BLOG KAK NABILAH

Dah lama kak Nabilah bg award ni, tapi baru hari ini berkesempatan untuk update di blogku ini. Arigatou kak Nabill...

Inilah barisan award2nya..





TQ, u really make me smile.. (0_O)/

Monday, March 16, 2009

Chong Wei kalahkan Lin Dan!?

Hero Badminton Malaysia Lee Chong Wei berjaya mengalahkan Lin Dan dari China di Terbuka Swiss 2009 semalam, 15 Mac 09. Sungguh aku tak sangka dan rasa rugi teramat sangant kerana tidak berkesempatan menonton aksi-aksi keramat mereka.




Untuk pengetahuan, aku memanglah penyokong setia Badminton, lebih-lebih lagi bila Chong wei beraksi, tapi aku sebenarnya terlebih minat dan kagum dengan si licik Lin Dan kerana gaya permainannya sangat pantas, kemas dan bertenaga. Jika Chong Wei lmelawan Lin Dan, aku sebenarnya tak kesah sapa2 yang menang pon, kerana kedua-duanya adalah pemain kegemaranku. Namun berita yang ku terima pagi tadi betul2 membuatku rasa terkejut dan tidak tersangka2, lantaran minggu lepas aku baru sahaja menyaksikan perlawanan akhir 2 jaguh ini di Badminton All England, dan aku tidak nampak Chong Wei boleh menang jika mengekalkan gaya permainan yang sama ketika dia tewas melawan Lin Dan di kejohanan All England lepas.

Adakah memang Chong Wei sudah bangkit dan belajar dari kesilapannya, ataupun Lin Dan tidak bertindak seperti sepatutnya (tidak memaksimumkan penguasaan). Aku betul2 curious hendak melihat perlawanan sebenar dan membuat analisaku sendiri. Sesiapa yang ada rakaman perlawanan tersebut, tolongla bagitau yer..huhu

Wednesday, March 11, 2009

Teambuilding RRM Picasa Link

Alamak, Faiz dah tanya mana link Picasa Webnya, sebenarnya semalam tak buat lagi, arini baru upload gambar2 yang ku ada di web, tapi itu baru 10%, dan bakinya bakal diperolehi dari kamera2 kawan-kawan lain. Banyak lagi acara dan kegembiraan membuat aktiviti yang belum disiarkan gambarnya, akan ku update sentiasa, tunggu..!!!!

Silalah ke link ini...=)

Tuesday, March 10, 2009

Kenangan Teambuilding Finance TM...

Sambungan..Pictures do thousand stories...















Banyak lagi gambar dan video, tapi sangatlah lambat hendak upload di blog ku ini, so saya upload di Picasa Web sajala, silalah...

26 tahun yang mencabar....

7 Mac 2009 yang lalu, genaplah hari lahirku yang ke 26, dah makin tua ni, dan dalam setiap sms yang diterima pasti akan ada doa yang satu ini 'MOGA CEPAT-CEPAT DIPERTEMUKAN JODOH DENGAN ORANG YANG TEPAT' ...ETC2..

Terima kasih atas segala ucapan dan ingatan, moga makbullah tiap2 satu doa yang dikirimkan itu. Ameen.

Hari lahirku pada kali ini disambut di Lumut, Perak bersama kawan-kawan kerja yang lain kerana kami terlibat dalam kursus Teambuilding di Marina Cove, Lumut dari 6 hingga 8 Mac 2009 yang lepas. Pelbagai aktiviti dan acara berlangsung dari mula kami tiba hingga waktu pulang benar-benar mencabar emosi dan mental selain kekuatan fizikal. Namun hasilnya, kami lebih mengenali dan tdak lagi kekok untuk bertegur sapa dan ini tentunya akan memudahkan gerak kerja di department kami lantaran tugas-tugas harian kami yang menuntut kerjasama dari semua division lain. Terima kasih atas inisiatif GM kami Puan Zu dan penat lelah Pn Liza D menguruskan program ini.

Kami bertolak dari TM menaiki 2 buah bas seawal 9.30 pagi setelah beramai-ramai bersesi teh tarik mendengar amanat keramat CFO Datuk Bazlan yang tidak dapat turut serta lantaran tugas lain yang menghambat langkahnya mengikut kami 'berpoya-poya' di Lumut, hehe.

Setibanya di sana, kami terus diberikan bilik masing2, aku bersama Fifi, kak Sarah, dan kak Sally ditempatkan disatu bilik 3-15. Setelah selesai makan, kami ke sesi ICSI bersama Pn Zu dan Ice Breaking bersama trainer dari MMC En. Yusof, Wan Chaq, Helmi dan Asyik. Mereka menemani kami selama 3 hari perkampungan kami di sana.

Sebelah petangnya, kami dibahagikan kepada 8 kumpulan kecil dan diberi tugasan dalam acara ala-ala Amazing Race. Jenuh jugalah kami berlari-lari di sekitar Marina Cove itu mencari pembayang dan menyelesaikan tugasan. Kami terpaksa menyumpit belon, makan roti bersoskan belacan, bergelungsur air, sebelum akhirnya menghabiskan telur mentah dan bawang putih. Sungguh kejam bunyinya. Namun berkat kerjasama dan kesefahaman, kami berjaya juga menyelesaikan semua tugasan, dengan sehabis daya.

Pada malamnya, walaupun dalam keadaan letih, kami teruskan juga penjelajahan mencari jawapan bagi soalan 'Siapa Kamu?', 'Mengapa kamu dilahirkan?' dan 'Ke mana kamu akan pergi?' di dalam slot ESQ. Insaf terasa betapa kerdilnya diri berbanding pencipta yang Maha Agung!

Esok paginya, 7 Mac yang penuh ceria, kami berjalan beramai-ramai menuju ke Pantai Teluk Batik untuk menyelesaikan tugas memasang rakit dan mencari barang amanah ditengah lautan damai. Tidak disangka grup kami berjaya mendahului cabaran ini, terbalas juga rasa letih mengayuh rakit yang diikat kemas walaupun tiada seni itu.

Selepas itu, pada petangnya, kami berjungle treking selama lebih kurang 2 jam di dalam hutan bukit di belakang Marina Cove itu. Setiap pendakian mengundang kemarahan kerana mencabar kekuatan mental selain fizikal peserta berbanding sewaktu turun bukit. Apepun, sepatutnya trainer memulakan aktiviti dengan bacaan doa dan berpesan kepada para peserta supaya berselawat dan tidak membuat bising semasa berada di tempat 'orang' itu. Mujur tiada kecelakaan berlaku dan kami semua selamat pulang ke Apartment masing-masing petang itu.

Malamnya, acara persembahan dalam kumpulan berlangsung, dan kumpulan kami sepakat untuk menyanyikan lagu karaoke Hati Emas beramai-ramai lantaran kepenatan yang dihadapi tidak memungkinkan kami berfikir idea yang lebih baik dari itu. Kumpulan lain ada yang berkaraoke juga, berdikir barat, nasyis, sajak dan berlakon. Sebelum akhirnya, Bos ku bersama Kak Sara dan Kak Sham naik ke pentas untuk menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir padaku diikuti kawan2 lainnya. Pelbagai perasaan menusuk kalbu tatkala itu, terharu atas ingatan yang diberikan. Terima Kasih Semua!.

Esoknya, kami berflying fox sebelum balik. Terasa gaya ketika berada di atas namun jeritan kuat memecahkan rasa takutku sepanjang 'terjun' turun dari platform atas itu. Kami pulang selepas solat zohor dan makan tengahari hari itu juga.

Banyak kenangan, pengajaran dan pengalaman yang aku personally terima dan hadamkan, dan yang pasti jurang di antara kami semakin menipis dan moga-moga akan memudahkan kami untuk terus bekerja dan berukhuwah kerana Allah, beribadat mencari redhaNya.

Dan yang paling penting, moga dipertambahan usia ini, aku akan lebih matang mengharungi cabaran, dan dapat menjawab setiap persoalan dalam rasionalnya seorang manusia beriman. Ingatlah bahawa jalan hidupku tidak akan pernah sama dengan orang lain, itulah yang membezakan antara kita. Moga aku akan terus bertahan meneruskan perjuangan ini, menerima semua yang diberikan dengan rasa syukur yang mendalam, moga-moga Allah mudahkan laluan ini, menuju syurga abadi.

(^-^)/