Thursday, November 27, 2008

Lunch yang mengenyangkan

Berat rasa mata ini, seperti hendak terpejam saja, selepas pekena Ikan Bakar belakang istana lunch tadi, rasa ngantuk dan kenyang bercampur baur. Alhamdulillah..

Kawan baikku di TM, Azimah mak buyung akan bertukar ke TM JB, still buat Sales juga, tapi lebih seronok kerana dekat dengan keluarga di sana, minggu ini last di sini. Dia yang sedang sarat mengandung anak pertama sebenarnya sedang menunggu masa sahaja, doktor kata mungkin minggu depan masanya tiba. Wah, nak dapat anak sedara baru lagi nih.
Dia dengan berbesar hati membelanja kami ( aku, Syam(kawan di MNS dulu) dan Suzlin (kawan office Imah)) lunch di sana, sebelum dia bercuti bersalin dan berpindah ke JB, huhu, sedihnya.
Setibanya di sana, kami mengambil lauk pauk masing2, nasi putih beserta sayur dan ikan pari, ikan terubuk, ikan keli, sotong dan kerang. Yummy..! Mengah kami kerana dipaksa menghabiskan segala juadah, rugi pula kalau ditinggalkan, bukan selalu dapat makn best2 macam ni. TQVM my dear friend!

Pada Puan Azimah, moga Allah mudahkan urusan, dipanjangkan umur yang diberkati, mudah bersalin,dapat anak yang comel+soleh/ah, urusan kerja yang dimudahkan, bahagia dunia akhirat.

I'm going to miss u so much..!

-Tersenyum bahagia ketika di pelamin persandingan Nov 2007-


Lagi cerita dan gambar2 tentang Ikan Bakar Belakang Istana ni, boleh lihat di sini dan sini dan sini. Terima kasih pada blogger sumer.

To forgive and forget


HANYA YANG LEMAH ENGGAN MEMAAFKAN. KESEDIAAN MEMBERI MAAF MENUNJUKKAN KEKUATAN.


Mudahkah untuk memaafkan dan melupakan terus kesalahan orang itu? Cukup ikhlaskah kita untuk melakukannya??!!
Tepuk dada tanyalah IMAN...

Wednesday, November 26, 2008

Malam yang panjang

Malam tadi (25/11/08), aku telah berjaya membelanja 2 orang anak saudara yang sedang bercuti sekolah dan berjalan-jalan ke KL, atau ke Midvalley yang lebih tepatnya, Along Amalina dan Angah Atiqah bersama adikku Ieja dan kawannya Faiz. Di mana? Restoran Village View di Bangi, Selangor.

Kami meng'order' Ikan Siakap masak masam manis, Kailan ikan masin, Telur bungkus, Sotong goreng tepung, dan Tomyam campur. Macam macam kan makanan, dan kami sangat berpuas hati kerana tidak perlu untuk menunggu lama lantaran keadaan restoran itu sangat sesak dengan orang yang makan dan orang yang menunggu untuk makan. Syabas kepada Pemilik restoran yang prihatin dan dapat menyelesaikan masalah itu dengan jayanya.

Setelah tiba pesanan, kamipun makanlah bersama2 dengan lahapnya, kerana terpesona dengan aroma yang menusuk hidung dan panorama yang indah, kami makan di atas kolam ikan pelbagai spesis yang sangat cantik dan menyejukkan mata. Rasa makanannya oklah mengikut selera saya, tidaklah teruk sangat.





Gambar gambar ini diambil dari blog Komuniti Seri PUtra, terima kasih banyak2 :)

Setelah kenyang makan, kami pun beredar ke WARTA, sangat popular di Bangi, tempat lepak student2 UKM,betul ker?. Untuk ape? Test power bermain bowling. Along yang teruja untuk bermain selepas menang berlawan dengan kawan2nya di Mid Valley pagi tadi bersemangat mengajak kami ke sana. Hanya RM5 termasuk kasut untuk orang awam, harga student kurang lagi 50 sen.

Dalam set pertama, Along dan Faiz mendahului setelah masing2 strike, tapi prestasi tidak stabil Along berjaya dipintas Angah. Aku? Mula2 bola masuk longkang,haha, then dh banyak kali cuba, guna bola ringan no. 6, barulah ok sikit, atleast dapat sekali strike, hebatlah tu, bagi orang yang baru 3 kali main. Penat juga, selepas habis bowling, terus balik ke AZ, dah mengatuk sangatla.

Malam yang panjang, digunakan separuhnya untuk menghiburkn anak2 sedara yang datang sekali sekala bercuti di sini. Dan sepatutnya baki malam itu dilengkapi dengan menghidupkan malam dengan Pujian2 padaNya pula,kan, tapi??Kuatkan aku untuk bangun membesarkanNya??

Monday, November 24, 2008

Keliru..!!??

Mm, banyak benda yang berlaku menyebabkanku terkeliru, betulkah apa yang aku inginkan selama ini? Adakah berbaloi untuk melepaskan sesuatu demi mendapatkan sesuatu yg lain, yang tidak pasti kebahagiaannya, sedang bersama yang ini pon tidak tahu akan lamakah 'bahagia' itu, kalau itu yang dinamakan bahagialah..

Mm, ape yg aku merepek nih?
ntahla...

Biarlah masa yang menentukannya...

Adakah bahagia itu bila bersama dengan orang yang disayangi
atau
bersama dengan orang yang menyayangi kita?

Kalau dapat kedua2 itu pasti lebih bahagia, betulkah?

(^-^)/


Gambar Siti Rahmah aka LCBDY masa berumur kurang setahun (Xde kaitan dgn posting ni pon,haha)

Tuesday, November 18, 2008

Moga segera sembuh...

Semalam kami bergegas ke hospital Pantai selepas solat zuhur untuk menziarahi rakan sepejabat si adik Fadzil yang ditahan wad kerana mengalami infection kuman dalam darah, dan perlu dibersihkan untuk mengelakkannya menjangkiti organ2 lain. Ngeri sahaja bunyinya,namun sampai hari ini kami masih tidak berpeluang untuk bertemu 4 mata dengannya lantaran masa rehatnya yang tidak menentu kerana masih lagi menjalani rawatan rapi fisioteraphy di waktu pagi dan petang.

Mungkin belum ada rezeki lagi, apepon, kami berharap agar Allah memberikannya kekuatan untuk meneruskan perjuangan melawan kesakitan itu, demi masa depan yang masih panjang..

Gambar kenangan semasa raya aidilfitri 2007, Fadzil paling kiri berdiri.

Update 19/11/08: SMS dari Fadzil; Sakit berkurangan, tgh bt ultra sound and physio. Dalam esok lusa akan laser untuk kecutkan slh satu lendir yang terkena urat kat tulang yang bengkok. Depend laser, baru kuar hospital.

Update lagi, 21/11/08 : Akhirnya hari ini kami berjaya melawat Fadzil ,lunch hour. Dia baru selesai membuat ultra sound, dan petang nanti akan disambung dengan fisioteraphy pula. Gembira melihat dia yang sudah beransur sihat, namun terselit rasa sayu kerana tiap kali hendak bergerak, pasti dia akan mengerutkan dahinya tanda sakit terasa di bahagian belakangnya itu. Tak sampai hati melihatnya. Berat bahu memandang, berat lagi dia yang memikulnya. Moga dimudahkan!!

Moga terus KUAT dan TABAH..!!

Monday, November 17, 2008

Apa yang penting....

KERJASAMA...!!

Peristiwa yang berlaku ketika geng 1 batch AZ enak bersantai makan malam di sebuah restoran di Kelana Jaya mengingatkan kami pada tagline cerita kartun popular WONDERPET. Peristiwa yang selalu terjadi tetapi solusi yang berbeza diambil pertama kali kurakamkan sepanjang hayatku ini. Chewahh..

Ketika kami sedang enak2 makan sambil mempertikaikan kelainan nasi goreng Thai dan nasi goreng Hadyai yang aku dan Faizz tempah, kerana cara hidangannya sama saja, cuma rasa pedas yang membezakannya, terdengar dari satu sudut restoran itu, suara kereta membingitkan telinga kami dengan bunyi honnya yang berulang kali sebagai tanda kepada pemilik kereta yang parkir dihadapannya untuk mengalihkan kenderaannya kerana menghalang laluan keluar keretanya.

Pada mulanya kami tidak tertarik dengan riuh kecoh orang2 di situ kerana menganggap pemilik kereta yang menghalang laluan itu pastinya makan di kawasan berhampiran sahaja,lantas kami meneruskan perbualan sementelah lama tidak bertemu si Cikgu Ina Sr yang sudah mula bercuti sekolah ini. Tetapi, setelah agak lama kebingitan itu tidak reda juga, mata kami tertumpu semula ke sudut restoran itu. Tindakan sekumpulan lelaki yang bertindak mengangkat kereta putih yang menghalang laluan itu menarik minatku. Dalam keadaan hujan renyai2 dan suasana saling tidak mengenali, mereka tabah bersama2 cuba untuk mengalihkan kereta itu sedikit demi sedikit, sekadar muat untuk kereta lain keluar. Selepas itu, mereka beredar ke tempat makan masing2 semula.

Banyak pengajaran yang dapat aku ambil dari peristiwa yang tidak sampai 5 minit berlaku itu. Perasaan MAHU menolong itu tetap ada walaupun tidak mengenali siapa gerangan yang berang membunyikan hon kerana mahu cepat beredar itu, tetapi kerana mempunyai RASA dan perasaaan, dan semangat mahu menolong itu masih menebal, maka mereka menggagahkan diri membantu mengangkat kereta kenari itu, walaupon berat, walaupon sukar, tetapi kerja itu dapat di bereskan, kerana keikhlasan mereka menolong, maka Allah mudahkan urusannya.

Selagi kita tidak meletakkan semangat keAKUan itu di carta tertinggi hati kita, pasti akan mudah untuk kita dilorongkan membuat perkara2 kebaikan, dan menghindar kejahatan. Ribuan tabik diberi pada kawan2 yang sudi menolong mengangkat kereta itu, dan moga dimudahkan urusan mereka, di manapon lapangan mereka redahi.

Phewww...


Tuesday, November 11, 2008

3 Serangkai...

Dah lama tak menulis sebab disogokkan dengan kerja2 yang banyak, dan aku amat teruja untuk membuat kerja2 pejabat ini dengan penuh dedikasi, kenapa yer?

Perkahwinan salah seorang daripada sahabat2 baikku semasa di sekolah rendah, Nabiha pada 9 Nov 2008 yang lalu melengkapi perkahwinan 3 serangkai perkawanan, selepas Mana dan Suhaiza menamatkan zaman bujang masing2 pada Mei dan Julai 2008 yang lalu. Dahulu, semasa kami sama2 dalam darjah 6, kami bersama2 berstudy group 6 bersaudara, ditambah dengan Nana sepupuku dan Sabariah. Sekarang 3 dari mereka sudah menjadi hak milik kekal orang lain, tinggallah kami bertiga menanti giliran untuk menuju alam kesempurnaan iman seperti mereka.

Suhaiza- berposing sebelum bersanding


Mana dan suami tercinta semasa makan beradab


Biha dan suami bersanding di pelamin bahagia... :)


Mungkin sudah dapat jawapan kenapa aku begitu rajin untuk membuat kerja2 pada minggu ini, untuk memfokuskan fikiranku ini pada sesuatu dan mengurangkan stress dalam mencari jawapan bagi persoalan2 yang bertalu2 ditanya tanpa henti dan akulah orangnya yang terkena tembakan persoalan itu, tanpa dapat memberi jawapan yang pasti dan meyakinkan.

Namun aku tidak akan pernah berputus asa kerana selagi hayat dikandung badan, harapan dan tawakal pada Yang Maha Esa tidak akan pernah pudar dan rapuh, biarpun cepat, biarpun lambat, sesungguhnya Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya ini, dan aku amat berharap masa itu akan datang nanti..dan semoga aku sentiasa dalam RAHMANTNYA :)

"Ya Allah, moga ada jawapan yang PASTI bagi setiap persoalan itu Ameen..."


Tuesday, November 4, 2008

Grand....

Itulah perkataan pertama yang terpacul dari mulutku tatkala melangkah masuk ke Dewan Majlis Perbandaran Seremban, untuk meraikan persandingan si raja sehari kakak sepejabatku cum akak sebelah meja maisara othman dgn pasangan perkenalan dari tadika si bertuah Azman.


1 Nov 2008 menyaksikan seorang lagi kawanku menamatkan zaman bujangnya,Alhamdulillah, aku tumpang gembira, moga aura mereka cepat2 menempias padaku,Ameen..


Selepas berpoya2 ke Family Day TM yang diharapkan se'grand' namanya di Taman Family Bukit Jalil, kami bergegas ke Seremban mengharapkan makanan yang sedap2 selain mahu meraikan sahabat di hari bahagianya :).


Dalam pukul 12.30++ kami telahpun tiba di dewan yang sangat mudah untuk di jejaki lantaran keluasan bandaraya Seremban yang tidak seberapa jika dibandingkan dengan KL wilayah yang sibuk,jem sokmo!


Selepas mentekedarah lauk pauk yang enak2 berserta kuih2 dan cendol ABC rebutan ramai, diiringi gemersik persembahan gamelan, pengantin yang ditunggu2 pun tiba, menyebabkan ramai kami semakin teruja dan sama2 rasa bahagia. Sungguhlah, terdapat seri di wajah pengantin itu, dengan senyuman yang terukir, diapit rapat sang suami adalah wajah kepuasan yang tidak dapat dijualbeli,alahai,untungnya..

Carilah kata2 sendiri dalam gambar2 ini, moga terus menjadi inspirasi untuk mereka yang terlalu 'sayang' hendak menamatkan zaman bujang itu.








Daaa...